PENA EMAS LAHIRKAN PELUKIS BERBAKAT
Nilai- Usim melalui Unit Kebudayaan dan keseniannya telah menubuhkan sebuah kelab lukisan yang dikenali sebagai Pena Emas. Kelab yang ditubuhkan pada Ogos 2007 dan telah bergerak aktif semenjak 7 bulan yang lalu sehinga ke hari ini dengan jumlah ahli seramai 11 orang yang terdiri dari 7 orang lelaki dan 4 orang perempuan.
Menurut Pengerusi Kelab Pena Emas, Mohd Tarmizi Baharuddin,21, Siswa tahun 2 FKP,aktiviti kelab cenderung ke arah seni berbentuk lukisan selaras dengan objektif Pena Emas untuk memperkenalkan kehalusan seni tangan kepada pelajar USIM.
“ Kami juga mempunyai misi untuk melahirkan seramai mungkin pelukis berbakat besar untuk menaikkan nama USIM hingga ke peringkat antarabangsa. Oleh itu, pelbagai aktiviti dijalankan seperti show lukisan dari ahli kelab, promosi tempahan melukis potret dengan bayaran RM5, dan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan dunia lukisan ,” katanya lagi.
Penubuhan kelab lukisan ini mendapat sambutan baik dari pelajar USIM. Rafidah Shapuan, 24, Siswi Tahun 3 FPBU berharap Pena Emas menjadi medium untuk para pelajar USIM memupuk semangat sukakan seni.
Manakala Nur Shuhada Baharuddin,21, Siswi Tahun 2 FEM pula mencadangkan Pena Emas untuk mengadakan bengkel melukis kartun untuk memberi peluang kepada seluruh pelajar USIM mengasah bakat yang terpendam.
“Melalui penganjuran bengkel ini juga, para pelajar USIM berpeluang untuk mempelajari teknik melukis dengan tepat,” tambahnya lagi.

Loading...
tak sangka usim ada pelukis yang berbakat…
syikinyahya - April 17, 2008 at 4:26 am