Rullhieda0612’s Weblog
Just another WordPress.com weblog

          FPQS ANJUR PAMERAN SEMPENA MINGGU INTEGRITI

       Oleh:NURULWAHIDAH SHARIFFUDDIN 

 NILAI- Fakulti Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah (FPQS) telah menganjurkan pameran sempena Minggu Integriti. Pameran ini melibatkan badan-badan berkanun seperti Institut Integriti Malaysia, Badan Pencegah Rasuah dan Penjara Seremban.Pameran ini berlangsung pada 30 hingga 31 Januari bertempat di Foyer FSU.Mohd Hanafi bin Khamis, 34, wakil dari Penjara Seremban berpuas hati dengan sambutan yang diterima dari para pelajar sepanjang pameran berlangsung. “Saya gembira dengan sambutan menggalakkan yang diterima dari para pelajar. Kebanyakan dari mereka begitu tertarik dengan foto cara pelaksanaan hukuman sebat terhadap penjenayah,” ujarnya.Menurut Adrie Azharie Ab Wahab, penyelaras pameran, para pelajar memberi sambutan yang menggalakkan kerana tawaran hadiah menarik bagi pertandingan “Public Speaking” yang bertemakan “Pembudayaan Integriti Mahasiswa” dianjurkan di tapak pameran

.“Tujuan utama aktiviti ini dilakukan untuk menjadi medium mengasah keyakinan diri para peserta dalam pengucapan awam. Saya juga berharap agar objektif utama pameran ini untuk mendedahkan para pelajar tentang konsep integriti sebenar tercapai,” tambahnya ketika ditemui.Sementara itu, seorang siswa FPQS yang ditemui, Mohd Hafiz Mohd Zainol, 22, menyokong sepenuhnya penganjuran pameran ini untuk meningkatkan nilai-nilai integriti dalam   diri seseorang mahasiswa. Wahyu Hidayatie Muchlis, 21,  berharap agar kepelbagaian aktiviti dianjurkan pada masa akan datang untuk sambutan yang lebih meriah dan lebih menggalakkan. 

3 Responses to “”

  1. berita awak agak menarik. cuba tukar lead lain

  2. Boleh tahan sebab berbentuk berita. Tingkatkan.

  3. wow,hijauye…ok good job


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: