Rullhieda0612’s Weblog
Just another WordPress.com weblog

BERITA

“Hidup Segan, Mati Tak Mahu”

 NILAI- “Hidup segan, mati tak mahu,” itulah perumpamaan yang boleh diguna untuk menggambarkan keadaan dua replika dinosaur yang terletak dalam sebuah kawasan lapang di Nilai 3.Keadaan dua replika ini begitu menyedihkan setiap mata yang memandang. Menurut salah seorang penjaja makanan yang ditemui, Siti Aishah Salleh, 24, keadaan ini telah berlaku sejak tiga tahun yang lalu tanpa sebarang tindakan diambil oleh pihak yang bertanggungjawab.

      “Replika yang sepatutnya menjadi simbol keunikan Nilai 3, terbiar begitu sahaja dan mengalami kerosakan di bahagian-bahagian tertentu seperti ekor, tangan dan leher, malahan warna kedua-duanya juga telah pudar,” ujarnya.

         Menurut salah seorang pekerja medan selera yang terletak berhadapan dengan lokasi replika dinosaur tersebut, Noralita Pandi, 21, kerosakan yang terdapat pada dua replika tersebut berpunca dari perbuatan tidak bertanggungjawab remaja nakal yang datang berkunjung ke kawasan tersebut pada waktu malam.“Mereka datang melepak di situ dan memecahkan bahagian-bahagian anggota dua replika itu dengan menggunakan tukul,” tambahnya lagi.Suhaila Nizam, 22, salah seorang pengunjung Nilai 3 yang ditemui berharap agar tindakan tegas dikenakan terhadap golongan yang melakukan kerosakan tersebut agar mereka serik untuk melakukannya lagi. Manakala Badrul Hisyam Ahmad, 33, seorang penyelia kilang dari Kajang berharap agar Majlis Perbandaran Nilai (MPN) mengambil tindakan segera untuk memulihkan bahagian yang rosak pada replika tersebut agar imej Nilai 3 sebagai pusat borong terkenal di Malaysia tidak tercalar dengan perkara seperti ini.

        “Kita tak mahu keadaan ini berterusan sampai bila-bila, harap pihak berwajib mengambil tindakan segera,” ulasnya lagi sebagai menutup tirai.

 

Keadaan replika dinosaur yang rosak   

6 Responses to “BERITA”

  1. assalamualaikum……..
    bagi saya, berita yang ada dalamblog awak ni mampu menepati apa yang di kehendaki oleh pembaca, tetapi jagan lupa perkemaskan lagi blog anda ni…

  2. assalamualaikum…
    tahniah…anda berjaya membuat pembaca tertarik untuk membaca berita yang anda tulis sendiri, tapi anda perlu fikir bahawa anda perlu tingkatkan lagi mutu penulisan anda.

  3. News yang menarik tapi warna tulisan striking sangat…sakit mata nak baca

  4. Menarik dan boleh diperbaiki lagi dari segi penulisan.

  5. Background xnak tukar lain ker, Miss xsuke warna gelap2 ni, jgn jd terlalu misteri..hehe

  6. Bgus…menarik pun yea…tp tulisan besar sgt la..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: