Rullhieda0612’s Weblog
Just another WordPress.com weblog

CANTIK DENGAN HARGA ISTIMEWA

Nilai- Kini warga USIM boleh mendapatkan rawatan kecantikan dari hujung rambut hingga hujung kaki dengan harga istimewa di Pusat Kecantikan Aini. Ia memulakan operasinya pada 11 Mac 2008 dan dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 malam.

        Menurut Fairuz Aini Ibrahim, 24, pemilik Pusat Kecantikan Aini, minatnya terhadap dunia kecantikan mendorong beliau menceburi perniagaan ini. Pusat kecantikan ini menawarkan rawatan muka,badan, urutan dan sauna pada kadar harga yang berpatutan.

        “Kami menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding harga yang ditawarkan oleh pusat kecantikan lain. Ini kerana kami di sini memahami tentang kehidupan seorang pelajar yang tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri. Kini, para pelajar boleh kelihatan cantik tanpa membelanjakan jumlah wang yang besar,” katanya.

        Tambah beliau lagi yang merupakan lulusan undang-undang dari UIAM, Pusat Kecantikan Aini turut menjual pelbagai jenama produk kecantikan seperti Tia Amelia, Felisa, Natasya, De Bella dan lain-lain untuk memberi kepelbagaian pilihan kepada pelanggan. Ini kerana setiap orang memilih produk kecantikan yang berlainan dan bersesuaian mengikut kulit masing-masing.

        Nik Nur Asyikin Nik Yahya, 24, Siswi Tahun 3 FPBU rasa gembira dengan wujudnya pusat kecantikan seperti ini di kawasan kampus kerana kini beliau tidak perlu lagi bersusah payah untuk keluar bagi mendapatkan rawatan kecantikan.

        “Saya menjalani rawatan muka lengkap dengan harga serendah RM35. Layanan yang diteriama semasa proses rawatan dilakukan juga memuaskan dan saya pasti akan datang lagi buat kali kedua,” katanya ketika ditemui selepas menjalani sesi rawatan kecantikan.

        Rakannya Liyana Izyan Jamil, 21, Siswi Tahun 1 FST pula berharap agar Pusat Kecantikan Aini menambah sejenis lagi rawatan kecantikan iaitu rawatan kuku. Ini kerana beliau beranggapan bahawa kuku merupakan satu aset yang begitu bernilai bagi setiap orang.

        “ Kebanyakan dari kita sering mengabaikan kecantikan kuku tanpa menyedari bahawa kuku menjadi salah satu cermin keperibadian seseorang terutama bagi kaum Hawa,” ujar beliau sebagai menutup tirai.

Pusat Kecantikan Aini

4 Responses to “CANTIK DENGAN HARGA ISTIMEWA”

  1. assalamualaikum…
    amboi…..bab kecantikan…dialah orangny…bagus brita whdh ni…ada gaya nk jd reporter yg dgemari pembaca…truskn usaha…

  2. Salam..
    Berita yang menarik..sesuai dengan program yang dilancarkan oleh USIM baru-baru ni, Minggu Ketrampilan Diri PEKA 2008..
    Good Luck🙂

  3. ye ker.. boleh lah kumpul duit dr sekarang..bila dah cukup nt leh pi buat facial..

  4. Bagus ke rawatan kat situ. Semoga perniagaannya berjalan lancar. apa yang penting, jaga hak pengguna.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: