Rullhieda0612’s Weblog
Just another WordPress.com weblog

DESTINASI FPBU

para pelajar fpbu tekun semasa bengkel diadakan 

 

 

 

 

Nilai-Pihak pengurusan FPBU telah memilih Pantai Indah Seaview Resort, Kuala Selangor untuk menjadi destinasi penganjuran Bengkel Penulisan Ilmiah 2008 yang telah disertai oleh 26 orang pelajar tahun 3 FPBU. Ianya berlangsung pada 28 hingga 30 Mac 2008.

        Menurut Marwan Ismail, 29, penyelaras program, objektif utama pelaksanan bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang teknik sebenar penulisan ilmiah.

        “Pihak fakulti mahu para pelajar mempelajari teknik penulisan ilmiah yang betul kerana mereka bakal memulakan penulisan ilmiah masing-masing pada semester depan,” katanya lagi.

        Hafsah Mohamed,23, selaku peserta bengkel menyokong penganjuran bengkel ini kerana ia dapat membantu para pelajar untuk menghasilkan satu penulisan ilmiah yang bermutu.

        “Saya gembira mengikuti bengkel ini kerana melaluinya saya lebih memahami tentang gaya penulisan ilmiah yang tepat,” tambahnya lagi.

        Manakala Dr Asma Abdul Rahman,35,Fasilitator bengkel mengharapkan agar para pelajar dapat merebut peluang  yang disediakan oleh pihak fakulti ini untuk mengambil sebanyak mungkin ilmu mengenai penulisan ilmiah.

        “Penting bagi setiap pelajar untuk menghasilkan penulisan ilmiah yang berkualiti. Saya selaku fasilitator program gembira kerana dapat berkongsi ilmu yang saya ada untuk kebaikan bersama,”katanya sebagai menutup tirai.

           

One Response to “DESTINASI FPBU”

  1. mane nyer gambar2, nk tengokkk…..


Leave a comment