Rullhieda0612’s Weblog
Just another WordPress.com weblog

TAZKIRAH RULLHIEDA0612

Peperiksaan merupakan satu kemestian bagi setiap yang bergelar pelajar, merupakan medan untuk menentukan kelayakan dan kemampuan seorang pelajar dalam memahami apa yang telah dipelajari. Perlumbaan untuk mendapatkan keputusan yang baik merupakan satu lumrah yang amat baik sekiranya berlaku dalam suasana yang sihat. Sebaliknya, perlumbaan juga boleh menjadi punca tekanan dalam diri pelajar sekiranya tidak menghadapinya dengan betul.

Tekanan boleh berlaku disebabkan banyak faktor. Antaranya, yang paling penting adalah cara belajar seseorang itu. Pelajar yang melakukan persediaan awal akan lebih bermotivasi untuk menghadapi peperiksaan. Kelalaian yang berlaku di awal musim pengajian boleh menjadi punca berlakunya tekanan bagi kebanyakan pelajar. Justeru, pengurusan masa yang efektif amat penting terutama dalam menghadapi detik-detik akhir sebelum menjelang hari peperiksaan.

   Selain itu  juga, tekanan boleh berlaku disebabkan suasana persekitaran tempat belajar yang tidak kondusif. Bayangkan anda berada dalam linkungan masyarakat yang pelajar yang tidak mampu bekerjasama meskipun sama-sama inginkan kejayaan dalam peperiksaan yang mendatang.

Selain itu, harapan kedua orang tua untuk melihat kejayaan anaknya juga kadang-kadang boleh menjadi penyumbang kepada berlakunya tekanan. Harapan sebegini jika dilihat dari sudut yang positif, sebenarnya boleh menjadi suatu bentuk motivasi yang cukup kuat. Namun jika ia dianggap sebagai suatu bentuk tekanan akan menyebabkan pelajar mudah stres sehingga mewujudkan keadaan serabut dalam pemikiran pelajar. Dalam keadaan ini, seorang individu itu berkemungkinan melakukan tindakan yang luarbiasa dan yang paling menakutkan ialah membunuh diri.  

Menghadapi tekanan peperiksaan atau perlumbaan menuntut kepada spiritual dan mental yang jitu. Spiritual dan mental yang lemah akan menyebabkan pelajar mudah mengaku kalah sebelum berjuang dan mempunyai sikap mudah berputus asa. Kekuatan mental lahir dari sikap dan pemikiran yang optimis serta stabil dalam berusaha mencapai matlamat yang diinginkan.

Manakala kekuatan spiritual pula, bagi status kita sebagai pelajar muslim lahir dari hubungan kita dengan Yang Esa. Justeru, Perbanyakkanlah berzikir, tadabbur al-Quran dan merenung keindahan pada penciptaan alam sebagai salah satu cara mencari ketenangan jiwa. Sentiasalah berbaik sangka dengan keadilan Allah Azzawajalla. Namun, sekiranya kita masih tidak mendapat keputusan yang baik walaupun selepas berusaha, yakinlah di sana ada hikmah yang lebih berharga. Letakkanlah pengharapan kita semata-mata kepada Allah SWT dengan syarat kita telah menyempurnakan tanggungjawab kita dalam berusaha kerana demikianlah hakikat tawakkal.

Semoga kejayaan yang diimpikan berada di tangan kita bersama-sama redha dari Yang Esa.    

 

2 Responses to “TAZKIRAH RULLHIEDA0612”

  1. Salam…
    Tahniah di atas segala penat lelah anda dalam menyiapkan BLOG..Berita yang terkandung di dalamnya amat menarik perhatian saya terutamanya tentang STRESS DI KALANGAN IPT dan juga CANTIK HARGA ISTIMEWA..Terdapat banyak gambar di dalamnya dan ini menunjukkan anda salah seorang insan yang suka bergambar…Anda juga seorang yang berseni…Thanks

  2. salam..memang lumrah belajar,berlumba-lumba mencari kejayaan..
    semoga dilimpahi rahmat olehNYA dalam perlumbaan ini..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: